Sunday, January 10, 2010

CORETAN MANIS SEPANJANG TAHUN 2007-2009

Assalamualaikum dan rasanya masih belum terlewat untuk sk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 pada semua sahabat handal diseluruh Malaysia dan tidak lupa juga kepada semua peminat SERAMA.

Disini sk ingin berkongsi pengalaman dan juga ingin maklum balas dari semua peminat Serama untuk sk up-grade dari segi mutu ayam serama dan juga urusniaga serama dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Sempena tahun 2010 ini, sk ingin menceritakan sejarah manis sk kepada peminat serama semua mengenai ayam yang telah sk jual menduduki ranking terbaik, dan sk dapat melahirkan beberapa orang 'JUARA' dikalangan peminat diseluruh Malaysia.

1. Abang Khalid dari Negeri Malaka
Juara beberapa kali kategori Serama A dan BOTB sebanyak 2 kali. Ayam ini sk dapat dari
reban Cikgu Rosli di Terengganu.

2. En Hairy TM dari Kual Lumpur
Juara beberapa kali kategori Serama Muda. Ayam tersebut diberi nama Bakawali. BOTB di
Plaza Angsana , Johor Bharu. Sk dapat ayam ini dari reban Zuki, Batu Rakit di
Terengganu.


3. Amir Penang dari USM Penang
Ayam kategori A, dan Johan kategori A beberapa kali diberi nama Sri Penang. Ayam ini sk
dapat dari reban Halim labu labi di Terengganu.

4. Cikgu Ewan dari Sabah
Ayam kategori B dan beberapa kali Johan di pertandingan yang diadakan di seluruh
Sabah...ayam B ini dari reban SK sendiri....dari baka ROBOT.

5. Mr. Chong dari Kedah
Ayam kategori B, yang sk beri namanya "ROCKY'. Johan 2 kali di Kedah dan naib Johan di
Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ayam ini sk dapat dari reban Cikgu
Yusof
di Terengganu. Ayam ini telah ditawarkan dengan harga 10k.


Inilah pengalaman manis sk yang tidak dapat sk lupakan sepanjang 2007-2009. InsyaAllah, pada tahun 2010 ini sk ingin melahirkan lebih ramai lagi "JUARA' dikalangan peminat serama di Malaysia ini. Sama-sama lah kita menghidupkan lagi dunia serama dengan lebih ceria dan gemilang.....wassalam.


Seramaking, Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment